Monday 5 December 2011

Kemahiran Asas - Menghantar Bola



Menghantar bola ialah cara menyampaikan bola kepada rakan yang berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menggerakkan bola terutama membuat serangan. Pemain ragbi menghantar bola menggunakan tangan sama ada dua belah atau pun sebelah. Penerima juga akan menerima bola menggunakan tangan. Terdapat tiga jenis hantaran dalam sukan ragbi, iaitu seperti berikut :-
  1. Hantaran Pendek Searas :


Hantaran ini dilakukan oleh pemain kepada rakannya yang berada pada posisi yang dekat atau dalam kedudukan yang baik untuk menerima bola. Searas bermaksud pada ketinggian yang sama antara penghantar dan penerima bola, biasanya antara lutut dan pinggang. Hantaran ini boleh dilakukan sama ada dalam kedudukan berdiri ataupun berlari. Yang penting ialah antara penghantar dan penerima harus ada persefahaman.

  1. Hantaran Scrum-half :

Hantaran ini dilakukan apabila bola berada di atas tanah, sama ada daripada scrum, ruck, atau maul atau line-out. Hantaran ini biasanya dilakukan oleh scrum-half yang sememangnya ditugaskan untuk membuat hantaran ini menjadikan fly-half dan stand-off sebagai sasaran penerima. Hantaran ini dilakukan dengan pantas, dengan menghantar ke aras pinggang atau lutut penerima. Pemain lain juga harus dapat melakukan hantaran cara ini.
  1. Hantaran Scrum-half ( Terbang ):


Hantaran ini juga dilakukan dengan pantas biasanya untuk bola di atas tanah. Hantaran ini digunakan untuk menghantar bola pada jarak yang agak jauh tetapi terpaksa dilakukan dengan pantas. Penghantar akan membuat hantaran sambil menerbangkan badannya. Setiap pemain harus dapat membuat hantaran cara ini walaupun hantaran ini sering dilakukan oleh scrum-half.
  1. Hantaran Spin

Menerima atau Menangkap Bola


Menerima bola merupakan kemahiran penting dalam permainan ragbi. Setiap pemain harus dapat melakukan kemahiran ini dalam pelbagai situasi atau keadaan. Tangkapan yang baik akan melicinkan pergerakan dan memudahkan strategi dijalankan. Walaupun menangkap dan menerima bola sering di gabungkan sebagai satu kemahiran, tetapi sebenarnya adalah berbeza.
  1. Tangkapan Daripada Hantaran Rakan :
Penerima dan penghantar hendaklah dapat membaca perlakuan atau tindakan rakan. Penerima hendaklah menumpukan perhatian kepada penghantar di samping menempatkan diri pada kedudukan yang bebas daripada lawan. Dia harus menghulurkan tangannya untuk menangkap dan bukan sekadar menanti bola datang kepadanya. Antara kedua-dua pemain hendaklah pada jarak yang sesuai.
  1. Tangkapan Bola Tinggi Tendangan Lawan :

Pemain harus dapat menguasai kemahiran ini kerana dalam permainan ini, pemain lawan sering melakukan tendangan tinggi, sama ada ketika menyerang atau bertahan. Untuk menangkap bola tinggi, pemain hendaklah meletakkan salah satu kakinya ke hadapan, dan badan pada kedudukan mengiring. Kedua-dua tangan hendaklah dipanjangkan. Bola hendaklah dibawa ke dada sebaik sahaja berjaya ditangkap.
  1. Tangkapan bola rendah :
     
Bola rendah biasanya dari lutut ke bawah sama ada daripada hantaran rakan dan lawan. Pemain hendaklah meletakkan salah satu kakinya ke hadapan dan membengkokkan lutut. Pemain menangkap bola daripada kedudukan tangan yang dikeluarkan ke arah bola. Sebaik ditangkap bola harus dirapatkan pada badan atau dada untuk pergerakan selanjutnya.

  1. Tangkapan Bola Di atas Tanah :

Bola yang diletakkan di atas tanah boleh di ambil sama ada dalam kedudukan berhenti atau berlari. Caranya ialah dengan mencedok bola dengan tangan yang hampir dengannya kepada tangan yang lagi satu yang terletak di hadapan bola. Pemain boleh memilih tangan kiri atau kanan untuk mencedok atau menampan bola.



Berlari 

 

Berlari dalam permainan ragbi bermaksud pemain berlari sambil membawa bola. Keupayaan melakukan pecutan merupakan kelebihan kepada seseorang pemain ragbi. Selain daripada berlari lurus,pemain diharapkan dapat berlari dalam pelbagai hala (zig-zag) untuk melakukan serangan dan dapat mengelakkan diri daripada dijatuhkan lawan.



  1. Berlari Membawa Bola Dalam Dua Tangan :

Dengan memegang bola pada kedua-dua belah tangan, pemain mempunyai tiga pilihan apabila dihalang atau cuba dijatuhkan lawan,iaitu terus berlari,membuat hantaran pantas dan menendang bola itu. Yang penting dia dappat berlari dan memperoleh kelebihan kawasan sebelum dia dihalang atau di jatuhkan lawan jika dia tidak dapat melakukan tiga pilihan tadi. Pemain hendaklah memegang bola pada bahagian tepi nya dengan jari diregangkan. Pemain juga hendaklah tentukan arah larian yang akan ditujunya.


2 comments: