Saturday 10 December 2011

Sistem Kardiovaskular




SISTEM KARDIOVASKULAR

Sel-sel tubuh tidak dapat mengakses secara lansung kepada persekitaran luar tubuh bagi membolehkan sel-sel tersebut memperolehi keperluan hidup. Sistem kardiovaskular atau kardiorespiratori memikul tanggungjwab ini dengan mengangkut oksigen, nutrien dan lain-lain keperluan kepada sel dan membawa keluar sisa-sisa metabolisme serta produk-produk sel ke bahagian lain tubuh. Sistem kardiovaskular adalah merupakan satu sistem yang melibatkan organ jantung, paru-paru, darah dan saluran darah. Jantung terbahagi kepada 4 bahagian yang terdiri daripada atrium kanan dan atrium kiri di bahagian atas serta ventrikel kanan dan ventrikel kiri di bahagian bawah. Bahagian kiri dan kanan pula terbahagi dari atas kebawah oleh satu dinding yang dipanggil septum.

Manusia mempunyai saiz jantung sebesar penumbuk orang dewasa dengan berat kurang 600 gram. Ia terletak di bahagian kiri sedikit dari tulang sternum.


Jantung kita berfungsi untuk mengepam keluar darah beroksigen dari jantung ke seluruh anggota badan dan juga mengepam darah kurang oksigen dari jantung ke paru-paru.

Darah yang diterima dari paru-paru yang membawa oksigen akan masuk ke atrium kiri. Ia kemudiannya akan melalui injap bikuspid yang terbuka dan masuk ke ventrikel kiri untuk dipam ke seluruh angota badan kecuali bahagian jantung itu sendiri melalui injap bulan sabit dan ke aorta. Darah dari angota badan yang kurang oksigen ini pula kemudiannya akan kembali semula ke jantung dan masuk ke atrium kanan. Ia seterusnya akan melalui injap trikuspid untuk masuk ke ventrikel kanan sebelum dipam ke paru-paru melalui injap bulan sabit di arteri pulmonari untuk membebaskan karbon dioksida dan menerima oksigen semula.







          Bagi bekalan sel-sel darah ke jantung, darah akan melalui dua cabang salur arteri koronori kanan dan arteri koronari kiri yang berpunca dari cabang yang pertama dari aorta.

Peredaran darah juga boleh dibahagi kepada dua bahagian utama iaitu peredaran sistemik dan peredaran pulmonari. Bagi peredaran sistemik, ia bermula dengan kemasukan dari vena kava ke atrium kanan. Ia seterusnya melalui injap trikuspid ke ventrikel kanan untuk dipam melalui injap bulan sabit ke arteri pulmonar yang mana terpecah kepada dua iaitu kiri dan kanan. Saluran arteri pulmonari ini akan membawa darah ke paru-paru untuk menyahkan karbon dioksida dan menerima oksigen. Ia seterusnya akan melalui vena pulmonari dan kembali semula ke jantung dengan memasuki atrium kiri. Ia kemudiannya akan melalui injap bikuspid ke ventrikel kiri untuk dipam semula keseluruh anggota badan melalui injap bulan sabit dan memasuki aorta.






            Bagi peredaran sistemik pula, ia melibatkan pergerakan yang sama didalam jantung. Perkara yang membezakan sistem ini adalah ia melibatkan peredaran ke seluruh tubuh dan tidak ke paru paru untuk mengambil oksigen. Proses ini bermula dari darah yang dipam keluar dari jantung melalui aorta, arteri dan artriol. Kemudiannya ia akan memasuki kapilari dan proses pemindahan oksigen dan karbon dioksida berlaku. Selepas itu, darah akan memasuki saluran halus ventriol, venul dan kembali ke vena untuk kembali kejantung.

            Sepanjang berlakunya keseluruhan proses ini, keseluruhan 7200 liter darah dipam terus menerus setiap hari pada kadar 5 liter seminit. Proses ini akan terus berjalan terus menerus tanpa henti sehinggalah berlakunya komplikasi pada jantung, salurannya atau bahagian yang berkaitan.











 

 

 













 
 









            Berdasar keterangan di atas, memang jelas bahawa sistem kardiovaskular ini amat penting dalam diri seorang atlet. Oleh itu kerana sistem ini membekalkan sumber kepada organ dan sistem lain, kegagalan atau ketidak mampuan sistem ini bekerja dengan baik akan menyebabkan masalah dan menyumbang kepada kegagalan untuk mendapatkan hasil yang maksimum daripada sistem-sistem lain.
           
           


Seorang atlet yang bermain ragbi sebagai contoh, memerlukan dirinya mempunyai kemampuan atau tahap kecergasan fizikal yang menyeluruh baik dari segi daya tahan kardiovaskular, kekuatan, kelajuan, kordinasi, fleksibiliti dan sebagainya. Andaikan dengan hanya komposisi badan yang sesuai dan kekuatan, atlet tersebut sudah tentu tidak berupaya mengharungi tempoh permainan ragbi yang panjang sekiranya daya tahan kardiovaskularnya lemah. Apabila sistem kardiovaskularnya tidak dapat berkerja dengan pantas untuk membawa oksigen dan nutrien, seterusnya juga tidak pantas membawa karbon dioksida keluar, maka organ dan otot akan kekurangan oksigen. Ini akan menyebabkan kelesuan otot yang mana akhirnya akan melumpuhkan kekuatan yang dimiliki atlet tersebut.
           
            Jelasnya, tanpa kaedah latihan yang berkesan bagi menaikkan kemampuan daya tahan kardiovaskular, sistem-sistem lain akan lebih mudah terganggu dan mengurangkan kemampuan sebenar atlet.

            Bagi mengatasi berlakunya masalah seperti di atas, berbagai jenis latihan boleh dijalankan bagi tujuan meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Proses latihan ini akan menyumbang kepada kemampuan sistem kardiovaskular untuk bekerja dengan lebih baik, melambatkan kelesuan serta memastikan keboleh upayaan sistem lain juga meningkat.

            Satu jenis latihan yang dapat dijalankan adalah Latihan Fartlek. Secara umum, latihan fartlek terbahagi kepada dua iaitu fartlek terkawal dan fartlek bebas.

            Bagi fartlek terkawal, latihan dijalankan di dalam grid yang telah ditetapkan dengan jarak yang pendek. Aspek jarak, laluan, tahap. Kelajuan larian dan kesukarannya telah ditetapkan. Jurulatih juga berperanan menetapkan masa dan wisel akan digunakan bagi menandakan perubahan kepantasan. Manakala bagi fartlek bebas pula, tiada grid latihan khusus yang ditetapkan dan jarak yang ditetapkan agak jauh (dalam lingkungan 5-10 km). Jurulatih boleh menetapkan jarak dan laluan namun masa, tahap kesukaran dan kelajuan adalah bergantung kepada keupayaan individu setiap atlet. Disiplin yang tinggi adalah amat perlu bagi latihan sebegini bagi mencapai matlamat yang dikehendaki.

            Latihan ini menggunakan sistem tenaga aerobik yang melibatkan penghasilan adenosin trifosfat (ATP) daripada pelbagai bahan bakar dengan penggunaan oksigen. Secara keseluruhan latihan ini bertujuan untuk mengekalkan daya tahan pemain, membina daya tahan otot, meningkatkan kepantasan, menghindar kelesuan / kebosanan semasa latihan, membentuk disiplin kendiri dan meningkatkan keupayaan untuk pulih dari melakukan aktiviti berat dengan kadar segera.



Latihan ini perlu berlandaskan kepada prinsip-prinsip berikut

  1. Perancangan program bagi mengelak kebosanan.
  2. Menjalankan aktiviti memanaskan badan dan regangan terlebih dahulu.
  3. Mengelakkan berlari sehingga berlakunya kelesuan.
  4. Mengelakkan rehat pasif dan melakukan rehat aktif seperti berjalan, berjoging dan sebagainya.
  5. Aktiviti perlu berlandaskan regangan otot, aktiviti berintensiti tinggi dan dapat meningkatkan kadar nadi serta perlu progresif dan melibatkan sebahagian besar otot-otot.
  6. Melakukan gerak kendur (cooling down).





            Antara aktiviti yang sesuai untuk dipertimbangkan untuk latihan fartlek adalah:

1.    Berjalan pantas selama 5 minit.
2.    Berlari anak selama sepuluh minit.
3.    Pecutan dengan 70% keupayaan selama 30 saat.
4.    Berlari dengan langkah panjang (stiding) selama 2 minit.
5.    Berlari anak selama 8 minit.
6.    Pecutan dengan 80% kelajuan maksima selama 20 saat dan
7.    Berlari dengan 60% kelajuan maksima dalam masa 2 minit.

            Perlulah diingat bahawa setiap latihan tetap mempunyai kelemahan dan keburukannya. Secara umum, latihan ini merupakan yang paling cepat bagi mencapai matlamat meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Ia juga memenuhi keperluan darisegi intensiti, ulangan, kekerapan dan rehat. Manakala bagi kelemahannya pula adalah kesukaran memantau dan mengukur pencapaian atlet dalam keadaan bebas. Atlet juga terpaksa bercampur antara yang berpengalaman dan yang baru serta kemunkinan mendapat tempat yang sesuai bagi aktiviti latihan fartlek bebas.

No comments:

Post a Comment