Saturday 3 December 2011

Kemahiran Tendangan

Kemahiran menendang dalam permainan ragbi adalah penting bagi semua pemain. Tendangan yang dilakukan hendaklah mempunyai matlamat atau tujuannya.

Antara tujuan melakukan tendangan ialah: 
  • Untuk memperoleh kelebihan kawasan permainan 
  • Untuk menyelamatkan bola, ketika diasak pasukan lawan. 
  • Untuk memberi peluang dan masa rakan sepasukan mengejarnya dan seterusnya mendapatkan bola semasa melakukan serangan. 
  • Untuk mendapatkan mata sama ada menerusi tendangan penalty ataupun conversion atau dropped goal, serta memulakan permainan.


Terdapat beberapa jenis tendangan seperti berikut:

  •   Tendangan lepas (Punting):


Dilakukan untu mendapatkan kelebihan kawasan dan memberi masa kepada rakan mengejar bola semasa serangan. Cara melakukan tendangan ini ialah dengan memegang bola pada kedua-dua tangan. Apabila pemain bersedia untu membuat tendangan dia akan melepaskan bola dan pada masa yang sama menendang ke arah yang di tuju.



  • Tendangan lantun (dropped kick):


    Dilakukan dengan cara pemain melepaskan bola menegak ke tanah, lalu menendangnya sebaik sahaja melantun dari tanah. Tendangan ini harus dilakukan dengan pantas kerana kemungkinan lantunan itu tidak menepati arah yang dikehendaki. Tendangan ini digunakan terutamanya untuk mendapatkan mata, memulakan permainan selepas conversion yang gagal dan untuk mengeluarkan bola dari kawasan permainan.

    No comments:

    Post a Comment