Saturday 3 December 2011

RAGBI SKKE VII ( 1 )

Sejarah
-Ragbi Sek.Keb.King Edward VII ( 1 ) ditubuhkan pada tahun 1979 di mana ketika itu sekolah ini adalah sebuah sekolah inggeris yang ditadbir oleh kerajaan British. Perkembangan ragbi sekolah ini berkembang pesat kerana ragbi adalah permainan utama masyarakat inggeris pada ketika itu. Setiap pelajar yang bermain ragbi akan diserap terus ke Sek. Men King Edward VII sebagai pemain pelapis bagi sekolah menengah. Ini kerana SMKKE VII adalah merupakan kuasa ragbi terbesar di Tanah Melayu.

Ragbi Sentuh
Pada tahun 1995 perubahan berlaku apabila permainan ragbi sentuh diperkenalkan. Permainan ini diambil dari kejohanan-kejohanan yang diadakan oleh International Rugby Board ( IRB ). Pada dasarnya permainan ini kurang menarik tetapi mengutamakan keselamatan bagi pemain sekolah rendah. Berikut adalah kelemahan dan kelebihan permaianan ragbi sentuh :
Kelemahan
- Tidak dapat melakukan taktikal permainan kerana bola terpaksa dimatikan apabila berlakunya sentuhan
- Pasukan yang mempunyai pemain yang laju tidak dapat menggunakan kelebihan yang dimiliki
- Permainan terlalu banyak berhenti kerana setiap kali sentuhan permainan akan diberhentikan
Kelebihan
- Keselamatan murid diutamakan dengan tiada kekasaran yang teruk
- Tidak ada pasukan kuat atau lemah kerana hanya dengan kepintaran pemain sahaja satu pasukan itu akan menang
Ragbi Bawah 12 Tahun
- Pada tahun 2005 berlaku tranformasi dalam permainan ragbi sekolah rendah. Dari permaian ragbi sentuh ia telah ditukar kepada ragbi rimau. Ragbi rimau merupakan permulaan awal permainan ragbi sebelum ke peringkat ragbi sebenar. 90 % permaianan dimainkan berdasarkan permainan ragbi sebenar. Masih mengekalkan sentuhan sebagai asas bagi tujuan keselamatan tetapi permainan tidak lagi dihentikan selepas sentuhan di mana pemaian harus melakukan hantara kepada kawan setelah disentuh oleh lawan Yang membezakannya adalah sentuhan dan tackle dari ragbi sebenar. Antara kelemahan dan kelebihan permainan  ragbi rimau ialah 
Kelemahan
- Masih menggunakan sentuhan sebagai asas utama permainan
- Tidak dapat bersaing dengan negara luar seperti Thailand, Singapura dan Filipina di mana ragbi sebenar dimainkan seawal umur 7 tahun
Kelebihan
-Banyak taktikal boleh digunakan bagi memastikan kemenangan
-Pasukan yang mempunyai pemain yang laju adalah merupakan kelebihan pada pasukan tersebut kerana dalam permainan 7 sebelah pelari yang laju adalah aset yang utama
-Pemain sekolah rendah dapat mempelajari kemahiran asas dengan sempurna dan dapat digunakan semasa berada di sekolah menengah

1 comment:

  1. Casinos Near Casino City, NJ - Mapyro
    Casinos Near Casino City, NJ 양산 출장안마 · 제천 출장마사지 1. Golden Nugget Casino Resort & Spa 경상남도 출장마사지 · 전라북도 출장안마 2. Flamingo 대구광역 출장샵 Casino Resort & Spa · 3. Molineux Casino Resort · 4. Harrah's Atlantic City

    ReplyDelete